Doa Rasmi Sekolah
Doa Rasmi Sekolah

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

PADA PAGI YANG KUDUS INI KAMI BERMOHON KAU
BUKAKANLAH PINTU HATI KAMI, IBUBAPA KAMI, GURU-GURU
KAMI SUPAYA MUDAH MENERIMA NUR DAN HIDAYAH MU BAGI
KAMI MENGEJAR DAN MEMPERJUANGKAN CITA-CITA KAMI.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI,

ENGKAU JADIKANLAH PERMULAAN HARI NIN SEGALA KEBAIKAN
BAGI KAMI DAN AKHIRILAH HARI INI DENGAN SEGALA
KECEMERLANGAN BAGI KAMI, ENGKAU JADIKANLAH HARI BAGI
KAMI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ENGKAU JADIKANLAH
HARI ESOK BAGI KAMI LEBIH BAIK DARI HARI INI.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,

KAMI DENGAN RASA TAWADHU' MEMOHON PERLINDUNGAN DARI
MU DARI SIFAT ALPA DAN PUTUS ASA, DAN SIFAT PENAKUT DAN
BAKHIL DAN SEGALA SIFAT KEJI YANG ENGKAU TIDAK REDHAI.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,

ENGKAU SATUKANLAH HATI-HATI KAMI, ENGKAU
TINGKATKANLAH KEIMANAN DAN KETAQWAAN KAMI, ENGKAU
BERSIHKANLAH HATI KAMI, ENGKAU TAMBAHKANLAH ILMU
KAMI, ENGKAU PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI, ENGKAU
RINGANKANLAH BEBANAN KAMI DAN ENGKAU KUATKANLAH
KEYAKINAN DAN ILTIZAM KAMI.
YA ALLAH YA RABBAL'ALAMIN

DI PAGI INI JUA KAMI MENADAH KEDUA-DUA BELAH TANGAN INI
MEMOHON RESTU DARI MU AGAR DIAMPUN SEGALA DOSA KAMI,
DOSA IBU BAPA KAMI, DOSA GURU-GURU KAMI KERANA KAMI
SENTIASA MENZALIMI DIRI KAMI INI SENDIRI DAN BERIKANLAH
KEPADA KAMI PETUNJUK DAN HIDAYAH MU SEMOGA KAMI AKAN
SENTIASA MEMATUHI SEGALA AJARAN MU DAN MENJAUHI
SEGALA LARANGAN MU

WALHAMDULILLAHIRABBIL'ALAMIN