Briged Bestari di International APICTA 2007 Singapore
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  30-11-2007 18:19 30-11-2007 18:19 1362  Baca 1362 Baca 2 Komen 2 Komen

Bermula 26 November 2007, lima wakil pasukan Briged Bestari telah dihantar ke Singapura sebagai wakil Malaysia untuk menyertai International Asia Pacific ICT Alliance(APICTA) Award 2007 bagi kategori Projek Sekolah Menengah.

Malaysia turut diwakili oleh Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan Foon Yew High School, Kulai, Johor. Briged Bestari telah membawa projek Portal SAINA ke sana setelah berjaya menerima Anugerah Merit Projek Sekolah Menengah dalam MSC Malaysia APICTA 2007. Briged Bestari juga....(baca lagi)


Pasukan SAINA APICTA Award Singapore 2007
Pasukan Briged Bestari di hadapan Singapore Management University(SMU)

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2007...
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  12-11-2007 00:00 12-11-2007 00:00 1425  Baca 1425 Baca 2 Komen 2 Komen

Peperiksaan SPM yang cukup bermakna bagi semua pelajar sekolah menengah telah bermula pada 12 November 2007. Doakan semoga generasi tingkatan lima pada tahun ini akan berjaya membawa nama SAINA dalam senarai TOP 10 dalam kedudukan SBP. InsyaAllah....
Jamuan Aidilfitri - Rumah Terbuka SAINA
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  27-10-2007 09:45 27-10-2007 09:45 1265  Baca 1265 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada hari ini, semua pelajar SAINA memakai baju raya masing-masing untuk Sambutan Aidilfitri yang julung kali diadakan di SAINA. Semua waris dijemput untuk hadir ke jamuan ini. Berbagai-bagai juadah hari raya disediakan.
Briged Bestari berjaya mendapat tempat ke-2 dalam MSC APICTA
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  26-10-2007 08:25 26-10-2007 08:25 1833  Baca 1833 Baca 2 Komen 2 Komen

Briged Bestari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena sekali lagi berjaya dalam mengharumkan nama SAINA di mata negara. Dalam pertandingan MSC APICTA yang lalu. Briged Bestari telah menghantar penyertaan seramai 5 orang iaitu Afif Najib, Al-Amin, Amir Abd Fattah, Fawza Sabila dan Fawza Nabila sebagai wakil keluarga Briged Bestari untuk mempersembahkan Pterocarpus Online di hadapan juri-juri profesional setelah berjaya melepasi peringkat saringan ke peringkat final.

Pengumuman kejayaan Briged Bestari SAINA telah dilakukan di Nikko Hotel, Kuala Lumpur pada 25 Oktober yang lalu. Hadiah disampaikan oleh Tan Sri Halim bin Ali. Dengan ini, SM Sains Pokok Sena akan mewakili Malaysia ke Asia Pacific ICT Award (APICTA) 2007 yang akan berlangsung di Singapura pada 26-30 November 2007. Untuk pengetahuan semua, Pterocarpus Online telah berjaya memenangi tempat pertama untuk Anugerah ICT Piala Menteri Besar Kedah pada Karnival ICT Kedah 2007 yang diadakan pada bulan Jun yang lalu.

Pihak Briged Bestari ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sokongan semua pihak termasuk daripada ALUMNI, guru-guru, pelajar dan juga ahli Pterocarpus Online.
Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2007
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  01-10-2007 07:59 01-10-2007 07:59 1346  Baca 1346 Baca 1 Komen 1 Komen

Selamat menduduki peperiksaan PMR buat semua pelajar Tingkatan 3, SM Sains Pokok Sena. Semoga anda semua beroleh kejayaan dan mencapai 100% "Straight A's" sekaligus mengulangi kejayaan PMR 2005. Insyaallah.