Pelantikan Majlis Tertinggi BADRI 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  21-01-2008 00:00 21-01-2008 00:00 1382  Baca 1382 Baca 0 Komen 0 Komen

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pada awal tahun Majlis Tertinggi BADRI(Badan Dakwah Rohani dan Ibadah) akan dipilih bagi menerajui pucuk pimpinan BADRI seterusnya bertanggungjawab menjaga hal-hal berkaitan kerohanian para pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Bagi tahun 2008, Muhd Subhi Sirajuddin telah dilantik untuk menerajui organisasi BADRI 2008, dan dibantu oleh beberapa orang pelajar putera dan pelajar puteri bagi melicinkan lagi setiap urusan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Pelajar-pelajar putera yang turut dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi BADRI ialah:

Muhd Subhi (Pengerusi BADRI)
Rofizzulhisyam ( Timbalan Pengerusi I )
Nur Hafizoh ( Timbalan Pengerusi II )
Amir Abdul Fattah ( Setiausaha )
Najah Kamilah ( Penolong Setiausaha )
Hasrul Syifa ( Bendahari )
Syahirah Aqilah ( Penolong Bendahari )


Semoga dengan perlantikan ini, organisasi BADRI akan lebih maju dan berdedikasi dalam menjalankan amanah demi melahirkan generasi yang terkamil dan berakhlak mulia pada masa akan datang.
Perlantikan Majlis Tertinggi Pengawas 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  20-01-2008 11:22 20-01-2008 11:22 1314  Baca 1314 Baca 0 Komen 0 Komen

Seperti kebiasaan, pada awal tahun baru, akan diadakan perlantikan Majlis Tertinggi Pengawas bagi melicinkan kerja-kerja yang berkaitan dengan organisasi sekolah. Pada tahun 2008, Pengawas Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah merangka kembali susunan organisasi Majlis Tertinggi bagi tahun 2008. Mohd Fakhrulrazi bin Che Ani telah dipilih menyandang jawatan Ketua Pelajar 2008 bagi meneraju organisasi pelajar SAINA, sementara ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain terdiri daripada Mgt Ridhwan bin Mgt Husain, Muhd Ikram bin Tajuddin, Mohd Azlan bin Kasiah dan Najmuddin.

Manakala Majlis Tertinggi bagi pihak puteri pula terdiri daripada Nur Amanina binti Jamain, Zahidah binti Rosli, Fawza Nabila binti Faudzi, Alifah binti Nordin, dan Nur Izzati Subi.

Semoga dengan perlantikan ini, lembaga pengawas akan lebih maju dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab demi memartabatkan nama sekolah.
PMR 2007 SAINA - 65/102 pelajar Straight A
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  27-12-2007 16:15 27-12-2007 16:15 1336  Baca 1336 Baca 3 Komen 3 Komen

Keputusan PMR 2007 menunjukkan keputusan meningkat dengan 65 orang daripada 120 calon mendapat keputusan 8A. Terdapat juga peningkatan dalam peratus pelajar yang mendapat 8A sebanyak 7% iaitu daripada 56% pada tahun 2006 kepada 63% pada tahun 2007. Rekod pencapaian terbaik SAINA setakat ini ialah pada tahun 2005 dengan 72% 8A dan seramai 79 orang memperoleh keputusan 8A. Jutaan tahniah diucapkan kepada para pelajar tingkatan tiga SAINA(Visionera) yang telah berusaha dan berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, perlulah ingat bahawa PMR hanyalah penilaian dan diharapkan semua pelajar akan berjaya dalam SPM kelak.
Keputusan Peperiksaan PMR 2007
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  19-12-2007 08:30 19-12-2007 08:30 1638  Baca 1638 Baca 2 Komen 2 Komen

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 akan diumumkan pada 27 Disember ini. Justeru, diharapkan semoga semua calon PMR Sekolah Menengah Sains Pokok Sena beroleh kejayaan dan mencapai 100% "Straight A's" sekaligus mengulangi kejayaan PMR 2005. Sama-samalah kita berdoa. Insyaallah. (lagi...)
Semakan Tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  14-12-2007 18:23 14-12-2007 18:23 572  Baca 572 Baca

Pendaftaran untuk pelajar tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh(SBP) ialah pada 8 Januari 2007, hari Selasa. Aplikasi semakan tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh untuk para lepasan UPSR telah disediakan dan boleh dicapai melalui alamat http://apps.emoe.gov.my/sst1online2007/index.cfm atau klik di sini.