UJIAN PENILAIAN 1 TAHUN 2008
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  04-03-2008 11:26 04-03-2008 11:26 1294  Baca 1294 Baca 0 Komen 0 Komen

Ujian penilaian 1 tahun 2008 sedang berlangsung. Diharap semua pelajar menghadapinya dengan tekun dan sabar. Semoga Berjaya!!!
RUMAH CENGAL JUARA LAGI!!! - Kejayaan dua tahun berterusan semarakkan semangat Cengal
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  24-02-2008 16:15 24-02-2008 16:15 1671  Baca 1671 Baca 0 Komen 0 Komen

Rumah Cengal mengekalkan sekali lagi kejuaraan Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-12 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena yang diadakan pada 23 Feb 2008 bertempat di Padang SMSPS. Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-12 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah dirasmikan oleh Tuan Penghulu Mukim Gajah Mati. Kejayaan tersebut dikecap setelah Cengal mengumpul 21 emas meninggalkan Merbau di tempat ke-2 dengan 12 emas, diikuti Angsana dan Jati dengan 9 emas.

Kemasukan Bendera Kejohanan
Kemasukan Bendera Kejohanan oleh Majlis Tertinggi Badan Pengawas SAINA
Orientasi Warga Visionera
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  21-02-2008 12:02 21-02-2008 12:02 1314  Baca 1314 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 12 Febuari 2008, seramai 47 orang tingkatan empat baru telah selamat mendaftar diri di SAINA. Mereka disambut dan dipandu oleh saudara angkat masing-masing yg terdiri daripada tingkatan empat lama.

Pada hari pertama orentasi bermula, warga Visionera dibahagi kepada 12 kumpulan. Mereka dibimbing oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada 24 orang dalam kalangan pelajar tingkatan empat sendiri.

Sepanjang orentasi berlansung, ahli Visionera yg baru telah menunjukkan kerjasama yang positif sesama ahli. Mereka juga telah mampu tersenyum dan bergaul mesra dan berkomunikasi dengan lebih yakin.

LDK yang dijalankan sepanjang seminggu itu termasuklah house keeping, ice breaking, kenali diri, potensi diri, matlamat hidup, itegrated, malam muhasabah dan malam bakat remaja.

Natijahnya, orentasi kali ini membawa muafakat kepada kami dan mampu menbina jati diri yang kukuh dalam diri setiap orang.

Majulah Visioneraa untuk SAINA tercinta.
Pelancaran Program NILAM 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  06-02-2008 09:34 06-02-2008 09:34 1157  Baca 1157 Baca 0 Komen 0 Komen

Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM) 2008 telahpun diadakan pada 4 Februari 2008. Program NILAM dilancarkan berobjektifkan menyemai sifat suka membaca dalam kalangan pelajar dan menarik minat pelajar untuk membaca dengan memberi penghormatan dan penganugerahan untuk pelajar yang membaca buku terbanyak.


Pustakawan SAINA 2008
Kejohanan Merentas Desa 2008 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  03-02-2008 06:16 03-02-2008 06:16 1202  Baca 1202 Baca 1 Komen 1 Komen

Tanggal 2 Februari 2008, satu lagi acara tahunan sekolah diadakan iaitu Kejohanan Merentas Desa kali ke-12. Kejohanan ini menyaksikan persaingan antara empat buah rumah sukan di SAINA, Angsana(kuning), Jati(biru), Cengal(merah) dan juga Merbau(hijau). Para peserta dilepaskan tepat jam 8.00 pagi bermula dengan pelajar putera dan diikuti pelajar puteri. Pelajar putera telah diberikan cabaran trek yang berjarak 8 kilometer manakala pelajar puteri menempuh trek sepanjang 6 kilometer.