Anugerah Tokoh NILAM Negeri Kedah 2008
Cetak
Kiriman  Ryu WatanabeOleh: Ryu WatanabeKirimanpada  14-04-2008 10:33 14-04-2008 10:33 909  Baca 909 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 4 hingga 6 Mac 2008, SAINA telah menghantar seorang wakil, saudara Anas bin Azmi mewakili daerah Kota Star bagi pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Negeri Kedah Tahun 2008 Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar yang telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah.
Kem Penulis Muda Kebangsaan 2008
Cetak
Kiriman  Ryu WatanabeOleh: Ryu WatanabeKirimanpada  14-04-2008 10:32 14-04-2008 10:32 1114  Baca 1114 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 30 Mac hingga 4 April 2008, seorang pelajar SAINA, Anas bin Azmi terpilih mewakili negeri Kedah ke Kem Penulis Muda Kebangsaan 2008 bertempat di Hotel Putra KL, Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang dijalankan ialah lawatan ke Eye On Malaysia, Putrajaya, Perpustakaan Negara Malaysia, serta Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, turut diadakan Bengkel Penulisan Berita dan Teknik Mengambil Foto yang dibimbing oleh En. Mohd Fuad Razali, editor Majalah Pendidik dan En Mohd Yusuf Abu Bakar, Pegawai Unit Khas Berita Harian. Para peserta juga sempat berkongsi pengalaman bersana saudara Azali Azlan, pelajar terbaik SPM 2007, angkasawan pertama negara, Dr. Syeikh Muszaphar Syukor serta Faizal Tehrani, seorang penulis novel.
Lawatan Briged Bestari ke CyberSecurity Malaysia.
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  27-03-2008 15:12 27-03-2008 15:12 1402  Baca 1402 Baca 0 Komen 0 Komen

Briged Bestari telah mengadakan lawatan ke Cybersecurity Malaysia, sebuah institusi kerajaan yang berperanan mendidik masyarakat Malaysia langkah-langkah keselamatan dalam melayari internet. Cybersecurity Malaysia turut mendedahkan kepada Briged Bestari tentang tugas-tugas serta bahagian-bahagian jabatan lain Cybersecurity Malaysia seperti servis MyCert, forensik digital dan lain-lain yang sememangnya mengagumkan. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web CyberSecurity Malaysia .

Sebahagian ahli Briged Bestari perempuan di CyberSecurity
Sebahagian ahli Briged Bestari perempuan di CyberSecurity

Ahli-ahli Briged Bestari di CyberSecurity
Ahli-ahli Briged Bestari di CyberSecurity bersama Cikgu Jamil dan Cikgu Iqbal
Briged Bestari di Majlis Gala Dinner MSC APICTA 2007
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  25-03-2008 15:19 25-03-2008 15:19 1270  Baca 1270 Baca 0 Komen 0 Komen

Hasil kejayaan Briged Bestari dalam MSC APICTA 2007, Briged Bestari telah dijemput untuk hadir ke Majlis Gala Dinner MSC APICTA 2007, yang diadakan pada 25 Mac 2008 yang lalu. Briged Bestari telah berjaya menerima Anugerah Merit Kategori Sekolah Menengah dengan projek Pterocarpus Online. Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri Sains dan Inovasi Malaysia yang baru sahaja dilantik iaitu Dato' Maximus Ongkili yang menggantikan Perdana Menteri Malaysia yang tidak dapat hadir pada majlis berprestij tersebut. Kita doakan Briged Bestari SAINA akan berjaya mengekalkan lagi anugerah ini dan terus bertindak mengharumkan nama SAINA di persada negara.

Laungan
Laungan "Malaysia Boleh!!!" oleh para pemenang Anugerah MSC Malaysia APICTA 2007

MSC Malaysia APICTA 2007 Award Gala Dinner
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  04-03-2008 11:35 04-03-2008 11:35 1339  Baca 1339 Baca 1 Komen 1 Komen

Berikutan kejayaan Briged Bestari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dalam MSC APICTA 2007 yang lalu, Briged Bestari telah dijemput untuk menghadiri GALA DINNER bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato