RUMAH CENGAL JUARA LAGI!!! - Kejayaan dua tahun berterusan semarakkan semangat Cengal
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  24-02-2008 16:15 24-02-2008 16:15 1599  Baca 1599 Baca 0 Komen 0 Komen

Rumah Cengal mengekalkan sekali lagi kejuaraan Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-12 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena yang diadakan pada 23 Feb 2008 bertempat di Padang SMSPS. Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-12 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah dirasmikan oleh Tuan Penghulu Mukim Gajah Mati. Kejayaan tersebut dikecap setelah Cengal mengumpul 21 emas meninggalkan Merbau di tempat ke-2 dengan 12 emas, diikuti Angsana dan Jati dengan 9 emas.

Kemasukan Bendera Kejohanan
Kemasukan Bendera Kejohanan oleh Majlis Tertinggi Badan Pengawas SAINA
Orientasi Warga Visionera
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  21-02-2008 12:02 21-02-2008 12:02 1210  Baca 1210 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 12 Febuari 2008, seramai 47 orang tingkatan empat baru telah selamat mendaftar diri di SAINA. Mereka disambut dan dipandu oleh saudara angkat masing-masing yg terdiri daripada tingkatan empat lama.

Pada hari pertama orentasi bermula, warga Visionera dibahagi kepada 12 kumpulan. Mereka dibimbing oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada 24 orang dalam kalangan pelajar tingkatan empat sendiri.

Sepanjang orentasi berlansung, ahli Visionera yg baru telah menunjukkan kerjasama yang positif sesama ahli. Mereka juga telah mampu tersenyum dan bergaul mesra dan berkomunikasi dengan lebih yakin.

LDK yang dijalankan sepanjang seminggu itu termasuklah house keeping, ice breaking, kenali diri, potensi diri, matlamat hidup, itegrated, malam muhasabah dan malam bakat remaja.

Natijahnya, orentasi kali ini membawa muafakat kepada kami dan mampu menbina jati diri yang kukuh dalam diri setiap orang.

Majulah Visioneraa untuk SAINA tercinta.
Pelancaran Program NILAM 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  06-02-2008 09:34 06-02-2008 09:34 1046  Baca 1046 Baca 0 Komen 0 Komen

Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM) 2008 telahpun diadakan pada 4 Februari 2008. Program NILAM dilancarkan berobjektifkan menyemai sifat suka membaca dalam kalangan pelajar dan menarik minat pelajar untuk membaca dengan memberi penghormatan dan penganugerahan untuk pelajar yang membaca buku terbanyak.


Pustakawan SAINA 2008
Kejohanan Merentas Desa 2008 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  03-02-2008 06:16 03-02-2008 06:16 1093  Baca 1093 Baca 1 Komen 1 Komen

Tanggal 2 Februari 2008, satu lagi acara tahunan sekolah diadakan iaitu Kejohanan Merentas Desa kali ke-12. Kejohanan ini menyaksikan persaingan antara empat buah rumah sukan di SAINA, Angsana(kuning), Jati(biru), Cengal(merah) dan juga Merbau(hijau). Para peserta dilepaskan tepat jam 8.00 pagi bermula dengan pelajar putera dan diikuti pelajar puteri. Pelajar putera telah diberikan cabaran trek yang berjarak 8 kilometer manakala pelajar puteri menempuh trek sepanjang 6 kilometer.

Pelantikan Majlis Tertinggi BADRI 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  21-01-2008 00:00 21-01-2008 00:00 1019  Baca 1019 Baca 0 Komen 0 Komen

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pada awal tahun Majlis Tertinggi BADRI(Badan Dakwah Rohani dan Ibadah) akan dipilih bagi menerajui pucuk pimpinan BADRI seterusnya bertanggungjawab menjaga hal-hal berkaitan kerohanian para pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Bagi tahun 2008, Muhd Subhi Sirajuddin telah dilantik untuk menerajui organisasi BADRI 2008, dan dibantu oleh beberapa orang pelajar putera dan pelajar puteri bagi melicinkan lagi setiap urusan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Pelajar-pelajar putera yang turut dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi BADRI ialah:

Muhd Subhi (Pengerusi BADRI)
Rofizzulhisyam ( Timbalan Pengerusi I )
Nur Hafizoh ( Timbalan Pengerusi II )
Amir Abdul Fattah ( Setiausaha )
Najah Kamilah ( Penolong Setiausaha )
Hasrul Syifa ( Bendahari )
Syahirah Aqilah ( Penolong Bendahari )


Semoga dengan perlantikan ini, organisasi BADRI akan lebih maju dan berdedikasi dalam menjalankan amanah demi melahirkan generasi yang terkamil dan berakhlak mulia pada masa akan datang.