Pelancaran Program NILAM 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  06-02-2008 09:34 06-02-2008 09:34 982  Baca 982 Baca 0 Komen 0 Komen

Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM) 2008 telahpun diadakan pada 4 Februari 2008. Program NILAM dilancarkan berobjektifkan menyemai sifat suka membaca dalam kalangan pelajar dan menarik minat pelajar untuk membaca dengan memberi penghormatan dan penganugerahan untuk pelajar yang membaca buku terbanyak.


Pustakawan SAINA 2008
Kejohanan Merentas Desa 2008 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  03-02-2008 06:16 03-02-2008 06:16 1038  Baca 1038 Baca 1 Komen 1 Komen

Tanggal 2 Februari 2008, satu lagi acara tahunan sekolah diadakan iaitu Kejohanan Merentas Desa kali ke-12. Kejohanan ini menyaksikan persaingan antara empat buah rumah sukan di SAINA, Angsana(kuning), Jati(biru), Cengal(merah) dan juga Merbau(hijau). Para peserta dilepaskan tepat jam 8.00 pagi bermula dengan pelajar putera dan diikuti pelajar puteri. Pelajar putera telah diberikan cabaran trek yang berjarak 8 kilometer manakala pelajar puteri menempuh trek sepanjang 6 kilometer.

Pelantikan Majlis Tertinggi BADRI 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  21-01-2008 00:00 21-01-2008 00:00 951  Baca 951 Baca 0 Komen 0 Komen

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pada awal tahun Majlis Tertinggi BADRI(Badan Dakwah Rohani dan Ibadah) akan dipilih bagi menerajui pucuk pimpinan BADRI seterusnya bertanggungjawab menjaga hal-hal berkaitan kerohanian para pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Bagi tahun 2008, Muhd Subhi Sirajuddin telah dilantik untuk menerajui organisasi BADRI 2008, dan dibantu oleh beberapa orang pelajar putera dan pelajar puteri bagi melicinkan lagi setiap urusan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Pelajar-pelajar putera yang turut dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi BADRI ialah:

Muhd Subhi (Pengerusi BADRI)
Rofizzulhisyam ( Timbalan Pengerusi I )
Nur Hafizoh ( Timbalan Pengerusi II )
Amir Abdul Fattah ( Setiausaha )
Najah Kamilah ( Penolong Setiausaha )
Hasrul Syifa ( Bendahari )
Syahirah Aqilah ( Penolong Bendahari )


Semoga dengan perlantikan ini, organisasi BADRI akan lebih maju dan berdedikasi dalam menjalankan amanah demi melahirkan generasi yang terkamil dan berakhlak mulia pada masa akan datang.
Perlantikan Majlis Tertinggi Pengawas 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  20-01-2008 11:22 20-01-2008 11:22 964  Baca 964 Baca 0 Komen 0 Komen

Seperti kebiasaan, pada awal tahun baru, akan diadakan perlantikan Majlis Tertinggi Pengawas bagi melicinkan kerja-kerja yang berkaitan dengan organisasi sekolah. Pada tahun 2008, Pengawas Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah merangka kembali susunan organisasi Majlis Tertinggi bagi tahun 2008. Mohd Fakhrulrazi bin Che Ani telah dipilih menyandang jawatan Ketua Pelajar 2008 bagi meneraju organisasi pelajar SAINA, sementara ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain terdiri daripada Mgt Ridhwan bin Mgt Husain, Muhd Ikram bin Tajuddin, Mohd Azlan bin Kasiah dan Najmuddin.

Manakala Majlis Tertinggi bagi pihak puteri pula terdiri daripada Nur Amanina binti Jamain, Zahidah binti Rosli, Fawza Nabila binti Faudzi, Alifah binti Nordin, dan Nur Izzati Subi.

Semoga dengan perlantikan ini, lembaga pengawas akan lebih maju dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab demi memartabatkan nama sekolah.
PMR 2007 SAINA - 65/102 pelajar Straight A
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  27-12-2007 16:15 27-12-2007 16:15 944  Baca 944 Baca 3 Komen 3 Komen

Keputusan PMR 2007 menunjukkan keputusan meningkat dengan 65 orang daripada 120 calon mendapat keputusan 8A. Terdapat juga peningkatan dalam peratus pelajar yang mendapat 8A sebanyak 7% iaitu daripada 56% pada tahun 2006 kepada 63% pada tahun 2007. Rekod pencapaian terbaik SAINA setakat ini ialah pada tahun 2005 dengan 72% 8A dan seramai 79 orang memperoleh keputusan 8A. Jutaan tahniah diucapkan kepada para pelajar tingkatan tiga SAINA(Visionera) yang telah berusaha dan berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, perlulah ingat bahawa PMR hanyalah penilaian dan diharapkan semua pelajar akan berjaya dalam SPM kelak.