Orientasi Warga Visionera
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  21-02-2008 12:02 21-02-2008 12:02 1130  Baca 1130 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 12 Febuari 2008, seramai 47 orang tingkatan empat baru telah selamat mendaftar diri di SAINA. Mereka disambut dan dipandu oleh saudara angkat masing-masing yg terdiri daripada tingkatan empat lama.

Pada hari pertama orentasi bermula, warga Visionera dibahagi kepada 12 kumpulan. Mereka dibimbing oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada 24 orang dalam kalangan pelajar tingkatan empat sendiri.

Sepanjang orentasi berlansung, ahli Visionera yg baru telah menunjukkan kerjasama yang positif sesama ahli. Mereka juga telah mampu tersenyum dan bergaul mesra dan berkomunikasi dengan lebih yakin.

LDK yang dijalankan sepanjang seminggu itu termasuklah house keeping, ice breaking, kenali diri, potensi diri, matlamat hidup, itegrated, malam muhasabah dan malam bakat remaja.

Natijahnya, orentasi kali ini membawa muafakat kepada kami dan mampu menbina jati diri yang kukuh dalam diri setiap orang.

Majulah Visioneraa untuk SAINA tercinta.
Pelancaran Program NILAM 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  06-02-2008 09:34 06-02-2008 09:34 963  Baca 963 Baca 0 Komen 0 Komen

Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM) 2008 telahpun diadakan pada 4 Februari 2008. Program NILAM dilancarkan berobjektifkan menyemai sifat suka membaca dalam kalangan pelajar dan menarik minat pelajar untuk membaca dengan memberi penghormatan dan penganugerahan untuk pelajar yang membaca buku terbanyak.


Pustakawan SAINA 2008
Kejohanan Merentas Desa 2008 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  03-02-2008 06:16 03-02-2008 06:16 1023  Baca 1023 Baca 1 Komen 1 Komen

Tanggal 2 Februari 2008, satu lagi acara tahunan sekolah diadakan iaitu Kejohanan Merentas Desa kali ke-12. Kejohanan ini menyaksikan persaingan antara empat buah rumah sukan di SAINA, Angsana(kuning), Jati(biru), Cengal(merah) dan juga Merbau(hijau). Para peserta dilepaskan tepat jam 8.00 pagi bermula dengan pelajar putera dan diikuti pelajar puteri. Pelajar putera telah diberikan cabaran trek yang berjarak 8 kilometer manakala pelajar puteri menempuh trek sepanjang 6 kilometer.

Pelantikan Majlis Tertinggi BADRI 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  21-01-2008 00:00 21-01-2008 00:00 930  Baca 930 Baca 0 Komen 0 Komen

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pada awal tahun Majlis Tertinggi BADRI(Badan Dakwah Rohani dan Ibadah) akan dipilih bagi menerajui pucuk pimpinan BADRI seterusnya bertanggungjawab menjaga hal-hal berkaitan kerohanian para pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Bagi tahun 2008, Muhd Subhi Sirajuddin telah dilantik untuk menerajui organisasi BADRI 2008, dan dibantu oleh beberapa orang pelajar putera dan pelajar puteri bagi melicinkan lagi setiap urusan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Pelajar-pelajar putera yang turut dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi BADRI ialah:

Muhd Subhi (Pengerusi BADRI)
Rofizzulhisyam ( Timbalan Pengerusi I )
Nur Hafizoh ( Timbalan Pengerusi II )
Amir Abdul Fattah ( Setiausaha )
Najah Kamilah ( Penolong Setiausaha )
Hasrul Syifa ( Bendahari )
Syahirah Aqilah ( Penolong Bendahari )


Semoga dengan perlantikan ini, organisasi BADRI akan lebih maju dan berdedikasi dalam menjalankan amanah demi melahirkan generasi yang terkamil dan berakhlak mulia pada masa akan datang.
Perlantikan Majlis Tertinggi Pengawas 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  20-01-2008 11:22 20-01-2008 11:22 941  Baca 941 Baca 0 Komen 0 Komen

Seperti kebiasaan, pada awal tahun baru, akan diadakan perlantikan Majlis Tertinggi Pengawas bagi melicinkan kerja-kerja yang berkaitan dengan organisasi sekolah. Pada tahun 2008, Pengawas Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah merangka kembali susunan organisasi Majlis Tertinggi bagi tahun 2008. Mohd Fakhrulrazi bin Che Ani telah dipilih menyandang jawatan Ketua Pelajar 2008 bagi meneraju organisasi pelajar SAINA, sementara ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain terdiri daripada Mgt Ridhwan bin Mgt Husain, Muhd Ikram bin Tajuddin, Mohd Azlan bin Kasiah dan Najmuddin.

Manakala Majlis Tertinggi bagi pihak puteri pula terdiri daripada Nur Amanina binti Jamain, Zahidah binti Rosli, Fawza Nabila binti Faudzi, Alifah binti Nordin, dan Nur Izzati Subi.

Semoga dengan perlantikan ini, lembaga pengawas akan lebih maju dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab demi memartabatkan nama sekolah.