Kid Witness News Training 2008
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  28-07-2008 15:16 28-07-2008 15:16 1052  Baca 1052 Baca 0 Komen 0 Komen

Buat julung kalinya, SMSPS terpilih untuk menyertai KWN Training 2008 yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam bermula dari 27 Julai - 30 Julai 2008. Sebanyak 3 pasukan dari SMSPS telah terpilih dari 56 pasukan seluruh Malaysia. Setiap pasukan akan dibekalkan sebuah video kamera High Definition bersama-sama aksesori untuk pengambaran pertandingan ini. Semua peralatan ini disediakan oleh Panasonic.
Kem Jejak Bestari Tingkatan 4 2008
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  11-07-2008 01:45 11-07-2008 01:45 982  Baca 982 Baca 0 Komen 0 Komen


Kem Jejak Bestari Tingkatan 4 telah berlangsung pada 4 dan 5 Jun melibatkan semua pelajar tingkatan 4. Kem ini merupakan kem motivasi yang diketuai oleh Sir Izzat Che Baharom bersama rakan-rakan(para fasilitator) yang merupakan bekas pelajar SAINA, batch 04 dan 05. Antara yang hadir adalah Muhamad Fauzi(abg Ucu),Muhammad Izkar, Muhammad Afif Asyraf, KhairulNizam, Zuljalal,Iskandar, Nur Bazilah(kak Azi), Auni Salha, Zawiyah, Aishah, Afifah Athirah, Mashitah dan ramai lagi. Kem ini dimulakan dengan sesi ice breaking untuk membahagikan para pelajar kepada kumpulan dan setiap kumpulan diketuai oleh 2 atau 3 orang fasilitator. pelbagai aktiviti diadakan seperti sharing moments, motivation sessions, tayangan video-video, aktiviti multiple sets of intellingence, kerjaya pilihan, pembentangan kumpulan, dan banyak lagi. Apa yang membanggakan semua warga Visionera memberikan komitmen yang sangat cemerlang sepanjang kem ini. Penutupan kem ini dirasmikan oleh Ayahanda Tuan Pengetua Kanan, Tn Hj Jamaluddin B Ariffin. Majlis penutupan diserikan lagi dengan bacaan ikrar oleh semua warga Visionera.
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2008
Cetak
Kiriman  journalistOleh: journalistKirimanpada  21-06-2008 10:06 21-06-2008 10:06 955  Baca 955 Baca 0 Komen 0 Komen

Hari Anugerah Cemerlang 2008 akan berlangsung pada 23 dan 25 Jun 2008 bertempat di Dewan Sri Angsana Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Seperti pada tahun sebelum ini, hadiah kepada pelajar dan juga guru yang mencapai kajayaan dalam akademik akan disampaikan oleh Tunku Putri Intan Syafinaz.
Antara pelajar yang akan menerima hadiah ialah pelajar tingkatan 1,2 dan 4 bagi tahun 2007 yang mendapat pencapaian akademik yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun (PAT), hadiah kepada para pelajar yang memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan hadiah kepada pelajar yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Semua waris dijemput hadir dan kepada waris yang akan datang dikehendaki memakai baju batik bagi lelaki dan baju kurung bagi prempuan. Semoga kehadiran para waris dapat memeriahkan lagi majlis yang akan berlangsung esok.Sekian terima kasih..

HAKA

PENARAFAN 88 BUAH SEKOLAH BESTARI PERDANA.
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  18-06-2008 09:04 18-06-2008 09:04 1270  Baca 1270 Baca 1 Komen 1 Komen

Satu sesi Penarafan 88 buah Sekolah Bestari Perdana telah diadakan pada 17hb Jun 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, SMSPS mulai jam 10.30 pagi. Proses ini melibatkan seramai 30 orang guru dan 30 orang pelajar.
Antara pegawai yang hadir terdiri dari Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM, En. Farid Albar bin Nawi, pegawai pemantau, En. Ahmad Zaki serta wakil PKG Pokok Sena, En. Zulkifli bin Ghazali.
Cuti Pertengahan Tahun Bermula
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  21-05-2008 11:35 21-05-2008 11:35 1001  Baca 1001 Baca 0 Komen 0 Komen

CUTI SEMESTER 1 bermula pada 22 Mei 2008. Semua pelajar SAINA sudah tidak sabar untuk pulang bertemu ayah bonda, abang,kakak dan adik serta sanak saudara. Maka genaplah semua pelajar menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar selama hampir 5 bulan di sekolah. Pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan sepanjang semester pertama ini. Diharap semua pelajar SAINA akan memanfaatkan cuti yang panjang ini dengan baik. Tidak lupa juga, kerja-kerja rumah yang telah dibekalkan dapat disiapkan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan oleh guru masing-masing. Akhir kata,

'Selamat bercuti dan bergembira'
'Jagalah kesihatan dan keselamatan anda, ingatlah orang yang tersayang'

Dapatkan rehat secukupnya dan semoga bersedia kembali ke sekolah pada 7 Jun 2008. Sesungguhnya semester 2 nanti akan lebih mencabar,sibuk dan mendebarkan kerana peperiksaan-periksaan penting iaitu PMR dan SPM kian tiba.Wassalam.