Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar 2008
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  30-04-2008 10:19 30-04-2008 10:19 820  Baca 820 Baca 1 Komen 1 Komen

Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena 2008 telah berlangsung pada 29 April 2008. Perasmian Hari Kerjaya dan Keusahawanan dirasmikan oleh YB Dato' Syed Sobri b Syed Hashim. Terdapat pelbagai aktiviti telah dianjurkan pada hari tersebut antaranya ialah pameran IPTA/IPTS, pameran buku,pameran Bomba Malaysia,pertandingan mewarna pra-sekolah, Fifa World Cup PS2, dan jualan makanan dan minuman.Selain itu, Pusat Zakat turut dijemput dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan. Sesungguhnya, Hari Kerjaya dan Keusahawanan ini benar-benar memberi faedah kepada semua pihak. Selain dapat melatih para pelajar untuk menjadi usahawan berjaya pada masa depan, para pelajar dapat juga menambah ilmu pengetahuan melalui pameran-pameran yang telah diadakan. Sesungguhnya suasana meriah pada hari tersebut amat mewarnai Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar. Pengunjung-pengunjung yang hadir turut memeriahkan suasana pada hari tersebut. antara sekolah yang hadir adalah SBPi Kubang Pasu, SMK Pokok sena,SK Wan Abdul Samad dan banyak lagi. Bekas Pelajar SAINA juga turut hadir memeriahkan hari tersebut. Jualan makanan dan minuman oleh unit beruniform dan badan-badan khas teramat mendapat sambutan. Promosi pendrive 1 dan 2 GB dan optical mouse juga diadakan oleh Badan Khas Briged Bestari SAINA dengan harga yang amat berpatutan. Terdapat ramai pelajar dan guru tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan pendrive yang berkualiti. Akhir kata, semoga Hari Kerjaya dan Keusahawanan yang seterusnya akan lebih meriah dan berjaya.

Bola Keranjang HKSBP - Pasukan Lelaki dan Perempuan SAINA berjaya ke peringkat kebangsaan
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  21-04-2008 16:51 21-04-2008 16:51 1462  Baca 1462 Baca 0 Komen 0 Komen

Setelah tiga tahun menyepikan diri, akhirnya pasukan bola keranjang lelaki SAINA berjaya menonjolkan kehebatan semula setelah berjaya ke HKSBP peringkat kebangsaan. Kegemilangan pasukan bola keranjang lelaki ke atas SMS Sultan Mohammad Jiwa, SMS Raja Tun Azlan Shah dan SMS Tuanku Syed Putra menempatkan pasukan SAINA lelaki di tangga kedua dalam peringkat kumpulan, seterusnya melayakkan SAINA ke peringkat kalah mati, bertemu SMS Teluk Intan. Kejayaan SAINA mendahului SEMESTI dalam pusingan 'sudden death' membawa SAINA ke final bertemu MCKK, namun SAINA kecundang bertemu dengan pasukan MCKK yang sememangnya digelar pasukan gergasi bola keranjang dalam kalangan SBP.

Pasukan bola keranjang perempuan SAINA menunjukkan aksi yang cemerlang apabila berjaya menembusi segala halangan untuk terus ke peringkat final bertemu tuan rumah, SERATAS. Segala keringat dikerah namun pasukan bola keranjang perempuan SAINA telah ditundukkan. Walaupun begitu, kedua-dua pasukan tetap berjaya ke HKSBP kebangsaan yang bakal diadakan pada bulan Mei di SMSAH.

Pasukan bola keranjang lelaki dan perempuan amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan, terutamanya warga SAINA dan pasukan bola keranjang MCKK, termasuk Mr.Liew(jurulatih MCKK) yang berkerjasama dalam meningkatkan prestasi SAINA dalam permainan bola keranjang.

MCKK Cagers dan SAINA Ablaze - Pemain Zon Utara yang bakal ke HKSBP di SMSAH
MCKK Cagers dan SAINA Ablaze - Pemain Zon Utara yang bakal ke HKSBP di SMSAH
Anugerah Tokoh NILAM Negeri Kedah 2008
Cetak
Kiriman  Ryu WatanabeOleh: Ryu WatanabeKirimanpada  14-04-2008 10:33 14-04-2008 10:33 768  Baca 768 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 4 hingga 6 Mac 2008, SAINA telah menghantar seorang wakil, saudara Anas bin Azmi mewakili daerah Kota Star bagi pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Negeri Kedah Tahun 2008 Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar yang telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah.
Kem Penulis Muda Kebangsaan 2008
Cetak
Kiriman  Ryu WatanabeOleh: Ryu WatanabeKirimanpada  14-04-2008 10:32 14-04-2008 10:32 867  Baca 867 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada 30 Mac hingga 4 April 2008, seorang pelajar SAINA, Anas bin Azmi terpilih mewakili negeri Kedah ke Kem Penulis Muda Kebangsaan 2008 bertempat di Hotel Putra KL, Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang dijalankan ialah lawatan ke Eye On Malaysia, Putrajaya, Perpustakaan Negara Malaysia, serta Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, turut diadakan Bengkel Penulisan Berita dan Teknik Mengambil Foto yang dibimbing oleh En. Mohd Fuad Razali, editor Majalah Pendidik dan En Mohd Yusuf Abu Bakar, Pegawai Unit Khas Berita Harian. Para peserta juga sempat berkongsi pengalaman bersana saudara Azali Azlan, pelajar terbaik SPM 2007, angkasawan pertama negara, Dr. Syeikh Muszaphar Syukor serta Faizal Tehrani, seorang penulis novel.
Lawatan Briged Bestari ke CyberSecurity Malaysia.
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  27-03-2008 15:12 27-03-2008 15:12 1252  Baca 1252 Baca 0 Komen 0 Komen

Briged Bestari telah mengadakan lawatan ke Cybersecurity Malaysia, sebuah institusi kerajaan yang berperanan mendidik masyarakat Malaysia langkah-langkah keselamatan dalam melayari internet. Cybersecurity Malaysia turut mendedahkan kepada Briged Bestari tentang tugas-tugas serta bahagian-bahagian jabatan lain Cybersecurity Malaysia seperti servis MyCert, forensik digital dan lain-lain yang sememangnya mengagumkan. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web CyberSecurity Malaysia .

Sebahagian ahli Briged Bestari perempuan di CyberSecurity
Sebahagian ahli Briged Bestari perempuan di CyberSecurity

Ahli-ahli Briged Bestari di CyberSecurity
Ahli-ahli Briged Bestari di CyberSecurity bersama Cikgu Jamil dan Cikgu Iqbal