Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2007...
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  12-11-2007 00:00 12-11-2007 00:00 904  Baca 904 Baca 2 Komen 2 Komen

Peperiksaan SPM yang cukup bermakna bagi semua pelajar sekolah menengah telah bermula pada 12 November 2007. Doakan semoga generasi tingkatan lima pada tahun ini akan berjaya membawa nama SAINA dalam senarai TOP 10 dalam kedudukan SBP. InsyaAllah....
Jamuan Aidilfitri - Rumah Terbuka SAINA
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  27-10-2007 09:45 27-10-2007 09:45 821  Baca 821 Baca 0 Komen 0 Komen

Pada hari ini, semua pelajar SAINA memakai baju raya masing-masing untuk Sambutan Aidilfitri yang julung kali diadakan di SAINA. Semua waris dijemput untuk hadir ke jamuan ini. Berbagai-bagai juadah hari raya disediakan.
Briged Bestari berjaya mendapat tempat ke-2 dalam MSC APICTA
Cetak
Kiriman  content_adminOleh: content_adminKirimanpada  26-10-2007 08:25 26-10-2007 08:25 1270  Baca 1270 Baca 2 Komen 2 Komen

Briged Bestari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena sekali lagi berjaya dalam mengharumkan nama SAINA di mata negara. Dalam pertandingan MSC APICTA yang lalu. Briged Bestari telah menghantar penyertaan seramai 5 orang iaitu Afif Najib, Al-Amin, Amir Abd Fattah, Fawza Sabila dan Fawza Nabila sebagai wakil keluarga Briged Bestari untuk mempersembahkan Pterocarpus Online di hadapan juri-juri profesional setelah berjaya melepasi peringkat saringan ke peringkat final.

Pengumuman kejayaan Briged Bestari SAINA telah dilakukan di Nikko Hotel, Kuala Lumpur pada 25 Oktober yang lalu. Hadiah disampaikan oleh Tan Sri Halim bin Ali. Dengan ini, SM Sains Pokok Sena akan mewakili Malaysia ke Asia Pacific ICT Award (APICTA) 2007 yang akan berlangsung di Singapura pada 26-30 November 2007. Untuk pengetahuan semua, Pterocarpus Online telah berjaya memenangi tempat pertama untuk Anugerah ICT Piala Menteri Besar Kedah pada Karnival ICT Kedah 2007 yang diadakan pada bulan Jun yang lalu.

Pihak Briged Bestari ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sokongan semua pihak termasuk daripada ALUMNI, guru-guru, pelajar dan juga ahli Pterocarpus Online.
Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2007
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  01-10-2007 07:59 01-10-2007 07:59 883  Baca 883 Baca 1 Komen 1 Komen

Selamat menduduki peperiksaan PMR buat semua pelajar Tingkatan 3, SM Sains Pokok Sena. Semoga anda semua beroleh kejayaan dan mencapai 100% "Straight A's" sekaligus mengulangi kejayaan PMR 2005. Insyaallah.
MAJLIS BACAAN YAASIN 2007
Cetak
Kiriman  gpb sainaOleh: gpb sainaKirimanpada  12-09-2007 09:23 12-09-2007 09:23 806  Baca 806 Baca 0 Komen 0 Komen

Majlis tersebut akan diadakan pada 12 September 2007 jam 12.30tengahari bertempat di Surau Al-Fathonah, SM Sains Pokok Sena. Semoga dengan kehadiran para waris dapat menyerikan lagi majlis ini. Insyaallah........
Pterocarpus Online berjaya ke final MSC Apicta
Cetak
Kiriman  asPiReOleh: asPiReKirimanpada  06-09-2007 17:49 06-09-2007 17:49 1012  Baca 1012 Baca 0 Komen 0 Komen

Setelah ahli Briged Bestari berjaya membawa nama Pterocarpus Online di peringkat Kedah dalam Anugerah Inovasi ICT Piala Menteri Besar pada 10 Jun yang lalu, sekali lagi Briged Bestari berjaya membawa Pterocarpus Online ke peringkat akhir Anugerah Projek ICT Sekolah Menengah Terbaik dalam MSC Apicta(MSC Malaysia Asia Pacific ICT Awards). Pertandingan ini akan diadakan di Cyberjaya pada 12 September 2007. Sama-samalah doakan kejayaan Briged Bestari demi SAINA yang tercinta.

Program Mentor-Mentee SMSPS 2008
Cetak
Kiriman  PentadbirOleh: PentadbirKirimanpada  28-01-2007 18:18 28-01-2007 18:18 1116  Baca 1116 Baca 0 Komen 0 Komen

Unit Bimbingan Kaunseling SAINA telahpun mengatur satu lagi program yang dijalankan pada setiap tahun, iaitu Program Mentor-Mentee. Melalui Program Mentor-Mentee, setiap guru di SAINA akan menjadi mentor dan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai sebilangan pelajar. Guru-guru perlu memainkan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah mentee mereka terutama dari segi kebajikan dan juga akademik bagi memastikan mereka berjaya dalam pelajaran.