View Thread
 Print Thread
Nik Nur Madihah Contoh Pelajar Cemerlang
wantp
KOTA BHARU 22 Mac - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal hari ini berkongsi rahsia kejayaannya dengan 200 pelajar sempena Ekspo Pendidikan Mara peringkat negeri di sini.

Pada majlis di Auditorium Mara di sini itu, Madihah yang buat pertama kalinya menghadiri program seperti itu menyatakan tentang pentingnya peranan para guru yang berjaya melonjakkan keupayaan dirinya untuk muncul sebagai pelajar cemerlang.

''Mereka bersedia mengetepikan kepentingan sendiri apabila diminta membantu ketika saya menghadapi masalah dalam pelajaran," ujarnya.

Menurutnya, dia juga sentiasa bertanya kepada guru bagi mendapatkan penjelasan dan kefahaman tentang sesuatu subjek.

''Pernah saya bertanyakan soalan kepada seorang guru ketika dia sedang membuka pintu kereta untuk pulang dan dia menangguhkan hasratnya itu bagi membantu saya," katanya.

Selain itu katanya, bagi mengelakkan kebosanan semasa belajar, dia berusaha meminati sesuatu pelajaran antaranya menyukai guru-guru itu.

''Saya berusaha menyayangi semua guru dan mahu menggembirakan mereka dengan keputusan yang cemerlang," ujarnya semasa sesi soal jawab dengan pelajar.

Nik Nur Madihah berkata, dorongan seterusnya berpunca daripada kesusahan hidup yang dialaminya.

''Saya perlu berusaha gigih kerana kecemerlangan itu merupakan hadiah paling berharga untuk kedua ibu bapa,'' ujarnya.

Katanya, dia juga mengamalkan amalan harian termasuk solat hajat dan menyertainya dengan doa.


Sumber : Utusan M'sia (28/03/2009)


Kepada warga SuperMassiveXII, tahniah diucapkan di atas kejayaan SPM tahun 2008.. Kepada warga Visionera, ambillah iktibar daripadanya..


Selain itu katanya, bagi mengelakkan kebosanan semasa belajar, dia berusaha meminati sesuatu pelajaran antaranya menyukai guru-guru itu.


Kepada semua pelajar lepasan SPM, harap anda boleh berkongsi sedikit pengalaman dan teknik2 belajar yg diamalkan sepanjang berada di SAINA. Harap2 ini dapat menjadi pendorong kepada pelajar2 SAINA yg akan mengambil peperiksaan pada tahun ini.
 
Zolkepli
Nk tanya keputusan exam bulan Feb baru-baru ini tiada pun dalam web. Tk
 
content_admin
Zolkepli menulis:
Nk tanya keputusan exam bulan Feb baru-baru ini tiada pun dalam web. Tk


Dalam proses.. Terima kasih atas keprihatinan anda..
 
Jump to Forum: