Selamat Tahun Baru 2010!
Posted by admin on January 03 2010 03:18:32

Pterocarpus Online Akhirnya Kembali!


Kami ingin memohon maaf atas kegagalan kami untuk terus berhubung dengan anda buat beberapa ketika sejak belakangan ini atas sebab² yang tidak dapat dielakkan. Kesulitan amatlah dikesali..

Selamat Tahun Baru 2010 kami ucapkan kepada semua warga SM Sains Pokok Sena serta para pengunjung yang setia mengunjungi laman web ini. Kami ingin mengambil kesempatan ini memohon seribu kemaafan andai kata sepanjang tahun 2009 pihak kami telah melakukan perkara2 yang menyebabkan semua pihak tidak berpuas hati. Kami akui segala kelemahan yang terdapat pada diri kami ini dan kami akan sentiasa berusaha untuk mempertingkat mutu kerja kami bagi tahun 2010 ini.

Kami berharap agar semua warga SM Sains Pokok Sena mampu memperoleh kejayaan yang cemerlang sepanjang tahun ini demi memartabatkan nama sekolah sehingga menjulang di persada negara mahupun dunia. InsyaALLAH..

Dari meja Webmaster 2009,
Salam 1Malaysia
Selamat Tahun Baru

p/s : Tahun baru, azam baru.. Tunjukkan kebolehan yang ada pada diri supaya menjadi insan yang sentiasa mahu berubah dari masa ke masa demi kemajuan masa hadapan. Yakin dengan diri sendiri seiring dengan petunjuk Allah. Semoga beroleh kejayaan.. :)