Kejohanan Ragbi Milo Bawah 15 Tahun
Posted by journalist on November 17 2009 11:07:50
Pada tanggal 7 November 2009, SAINA telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan ragbi Milo Bawah 15 Tahun. sebanyak 16 pasukan telah dihantar dari pelbagai sekolah. antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar dan Kolej Sultan Abdul Hamid.

SAINA telah menghantar 3 pasukan ke kejohanan ini. SAINA "A" telah dinobatkan sebagai johan setalah menumbangkan pasukan dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim dengan mata 17-0. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan ragbi SAINA.

SAINA akan mewakili kontinjen Kedah untuk ke peringkat kebangsaan bagi kejohanan ini yang bakal diadakan di Kelanatan. Sama-samalah kita berdoa untuk pasukan ragbi kita ini.

 "MAJULAH RAGBI UNTUK SAINA"