Pelajar Pulang Ke Asrama
Posted by content_admin on September 25 2009 11:14:12
Seramai lebih daripada 600 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena diminta untuk datang semula ke asrama pada hari Sabtu, 26 September 2009. Diharap semua pelajar dapat menghadirkan diri semula ke asrama sebelum jam 6.00 petang.
Di samping itu, marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan salah seorang pelajar Tingkatan 3 yang kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah akibat kemalangan jalan raya yang menimpa beliau baru-baru ini. Diharap semoga beliau cepat sembuh dan selamat pulang ke SAINA.
"SELAMAT MEMANDU DI JALAN RAYA"
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"