September 10 2010 04:51:22
Navigasi
Pterocarpus Online
· Laman Utama
· Artikel
· Forum
· Galeri Foto
· Muat Turun
· Pautan Web
· Arkib Berita


Kenali SMSPS
· ALUMNI Saina
· Kenali SMSPS
· Lokasi Sekolah
· Carta Organisasi
· Doa Sekolah
· PIBG Saina
· Tenaga Pengajar
· Misi dan Visi Sekolah
· Lagu Sekolah
· Hubungi Kami
· Ikrar Sekolah
· Tokoh-tokoh SAINA
· Webteam
Pelawat Online
· Tetamu Online: 2

· Ahli Online: 0

· Jumlah Ahli: 777
· Ahli Terbaru: Marketing7
Artikel Terbaru
· Laman Web Rumah Puti...
· PPSMI Gagal Bentuk K...
· PPSMI dimansuh?
· Steve Jobs
· Calon SPM dihad ambi...
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2008
Acara
Hari Anugerah Cemerlang 2008 akan berlangsung pada 23 dan 25 Jun 2008 bertempat di Dewan Sri Angsana Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Seperti pada tahun sebelum ini, hadiah kepada pelajar dan juga guru yang mencapai kajayaan dalam akademik akan disampaikan oleh Tunku Putri Intan Syafinaz.
Antara pelajar yang akan menerima hadiah ialah pelajar tingkatan 1,2 dan 4 bagi tahun 2007 yang mendapat pencapaian akademik yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun (PAT), hadiah kepada para pelajar yang memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan hadiah kepada pelajar yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Semua waris dijemput hadir dan kepada waris yang akan datang dikehendaki memakai baju batik bagi lelaki dan baju kurung bagi prempuan. Semoga kehadiran para waris dapat memeriahkan lagi majlis yang akan berlangsung esok.Sekian terima kasih..

HAKA

PENARAFAN 88 BUAH SEKOLAH BESTARI PERDANA.
Satu sesi Penarafan 88 buah Sekolah Bestari Perdana telah diadakan pada 17hb Jun 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, SMSPS mulai jam 10.30 pagi. Proses ini melibatkan seramai 30 orang guru dan 30 orang pelajar.
Antara pegawai yang hadir terdiri dari Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM, En. Farid Albar bin Nawi, pegawai pemantau, En. Ahmad Zaki serta wakil PKG Pokok Sena, En. Zulkifli bin Ghazali.
Cuti Pertengahan Tahun Bermula
Pengumuman
CUTI SEMESTER 1 bermula pada 22 Mei 2008. Semua pelajar SAINA sudah tidak sabar untuk pulang bertemu ayah bonda, abang,kakak dan adik serta sanak saudara. Maka genaplah semua pelajar menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar selama hampir 5 bulan di sekolah. Pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan sepanjang semester pertama ini. Diharap semua pelajar SAINA akan memanfaatkan cuti yang panjang ini dengan baik. Tidak lupa juga, kerja-kerja rumah yang telah dibekalkan dapat disiapkan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan oleh guru masing-masing. Akhir kata,

'Selamat bercuti dan bergembira'
'Jagalah kesihatan dan keselamatan anda, ingatlah orang yang tersayang'

Dapatkan rehat secukupnya dan semoga bersedia kembali ke sekolah pada 7 Jun 2008. Sesungguhnya semester 2 nanti akan lebih mencabar,sibuk dan mendebarkan kerana peperiksaan-periksaan penting iaitu PMR dan SPM kian tiba.Wassalam.
Hoki SBP Zon Utara
KejayaanPada 1 Mei 2008 lalu, pasukan hoki SAINA telah menghantar 2 pasukan hoki bawah-16 ke Sekolah Menengah Sains Syed Putra, Perlis untuk mewakili sekolah ke peringkat zon utara bagi zon Hari Kejohanan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Utara.

Pasukan SAINA terdiri daripada 12 orang setiap pasukan. Selama 3 hari bertempur, pasukan SAINA lelaki telah berjaya merangkul gelaran naib johan bagi Hari Kejohanan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Utara.

Mereka akan meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan di Sekolah Tun Fatimah pada 12 Jun nanti.

Diharapkan pasukan SAINA akan tegar meneruskan kesinambungan kejayaan ini di Sekolah Tun Fatimah.

Sekian, majulah HOKI untuk SAINA
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Ujian dan PeperiksaanPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Demam peperiksaan kian terasa..peperiksaan kian menjelang iaitu jatuh pada 5 Mei 2008..Diucapkan semoga seluruh pelajar SAINA dapat menjalani peperiksaan dengan jayanya..Semoga berjaya..

'KECEMERLANGAN SEMUA BIDANG'
Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar 2008
Acara
Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena 2008 telah berlangsung pada 29 April 2008. Perasmian Hari Kerjaya dan Keusahawanan dirasmikan oleh YB Dato' Syed Sobri b Syed Hashim. Terdapat pelbagai aktiviti telah dianjurkan pada hari tersebut antaranya ialah pameran IPTA/IPTS, pameran buku,pameran Bomba Malaysia,pertandingan mewarna pra-sekolah, Fifa World Cup PS2, dan jualan makanan dan minuman.Selain itu, Pusat Zakat turut dijemput dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan. Sesungguhnya, Hari Kerjaya dan Keusahawanan ini benar-benar memberi faedah kepada semua pihak. Selain dapat melatih para pelajar untuk menjadi usahawan berjaya pada masa depan, para pelajar dapat juga menambah ilmu pengetahuan melalui pameran-pameran yang telah diadakan. Sesungguhnya suasana meriah pada hari tersebut amat mewarnai Hari Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar. Pengunjung-pengunjung yang hadir turut memeriahkan suasana pada hari tersebut. antara sekolah yang hadir adalah SBPi Kubang Pasu, SMK Pokok sena,SK Wan Abdul Samad dan banyak lagi. Bekas Pelajar SAINA juga turut hadir memeriahkan hari tersebut. Jualan makanan dan minuman oleh unit beruniform dan badan-badan khas teramat mendapat sambutan. Promosi pendrive 1 dan 2 GB dan optical mouse juga diadakan oleh Badan Khas Briged Bestari SAINA dengan harga yang amat berpatutan. Terdapat ramai pelajar dan guru tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan pendrive yang berkualiti. Akhir kata, semoga Hari Kerjaya dan Keusahawanan yang seterusnya akan lebih meriah dan berjaya.

Bola Keranjang HKSBP - Pasukan Lelaki dan Perempuan SAINA berjaya ke peringkat kebangsaan
Kejayaan
Setelah tiga tahun menyepikan diri, akhirnya pasukan bola keranjang lelaki SAINA berjaya menonjolkan kehebatan semula setelah berjaya ke HKSBP peringkat kebangsaan. Kegemilangan pasukan bola keranjang lelaki ke atas SMS Sultan Mohammad Jiwa, SMS Raja Tun Azlan Shah dan SMS Tuanku Syed Putra menempatkan pasukan SAINA lelaki di tangga kedua dalam peringkat kumpulan, seterusnya melayakkan SAINA ke peringkat kalah mati, bertemu SMS Teluk Intan. Kejayaan SAINA mendahului SEMESTI dalam pusingan 'sudden death' membawa SAINA ke final bertemu MCKK, namun SAINA kecundang bertemu dengan pasukan MCKK yang sememangnya digelar pasukan gergasi bola keranjang dalam kalangan SBP.

Pasukan bola keranjang perempuan SAINA menunjukkan aksi yang cemerlang apabila berjaya menembusi segala halangan untuk terus ke peringkat final bertemu tuan rumah, SERATAS. Segala keringat dikerah namun pasukan bola keranjang perempuan SAINA telah ditundukkan. Walaupun begitu, kedua-dua pasukan tetap berjaya ke HKSBP kebangsaan yang bakal diadakan pada bulan Mei di SMSAH.

Pasukan bola keranjang lelaki dan perempuan amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan, terutamanya warga SAINA dan pasukan bola keranjang MCKK, termasuk Mr.Liew(jurulatih MCKK) yang berkerjasama dalam meningkatkan prestasi SAINA dalam permainan bola keranjang.

MCKK Cagers dan SAINA Ablaze - Pemain Zon Utara yang bakal ke HKSBP di SMSAH
MCKK Cagers dan SAINA Ablaze - Pemain Zon Utara yang bakal ke HKSBP di SMSAH
Anugerah Tokoh NILAM Negeri Kedah 2008
Kejayaan
Pada 4 hingga 6 Mac 2008, SAINA telah menghantar seorang wakil, saudara Anas bin Azmi mewakili daerah Kota Star bagi pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Negeri Kedah Tahun 2008 Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar yang telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah.
    Pada malam hari pertama, para pelajar dikehendaki menduduki ujian bertulis. Dalam Ujian ini, para pelajar diberi pilihan bagi menyelesaikan salah satu masalah yang diberikan dalam masa 1 jam serta tidak melebihi 150 patah perkataan.
    Pada hari kedua, diadakan pula proses penapisan bagi melayakkan peserta ke peringkat seterusnya. Bagi ujian lisan pula, para pelajar diuji dari pelbagai aspek, termasuk segala pengetahuan mengenai sistem pengurusan pusat sumber, politik dunia dan tempatan serta isu semasa. Pada petang hari kedua, para pelajar telah dibawa melawat ke Muzium Padi. Pada malam hari kedua, diadakan pula bengkel Kemahiran Membaca yang telah diberikan oleh Puan Rosnah binti Saad, Timbalan Pengarah BTPN Kedah.
    Hari ketiga merupakan kemuncak kepada program ini. Pada waktu pagi, para pelajar dibenarkan melayari internet di Pusat Akses bagi melakukan pendaftaran Rakan NILAM. Majlis Penutup bermula jam 2.30 petang dan disempurnakan oleh Tuan Haji Abdullah bin Saad, Ketua Sektor Akedemik Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Nasib kurang menyebelahi wakil SAINA apabila hanya dinobatkan sebagai pemenang Tempat Ketiga Anugerah Tokoh NILAM Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Peringkat Negeri Kedah 2008. Beliau telah memenangi sijil, koleksi novel dan majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta wang tunai bernilai RM 200.
Kem Penulis Muda Kebangsaan 2008
Acara
Pada 30 Mac hingga 4 April 2008, seorang pelajar SAINA, Anas bin Azmi terpilih mewakili negeri Kedah ke Kem Penulis Muda Kebangsaan 2008 bertempat di Hotel Putra KL, Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang dijalankan ialah lawatan ke Eye On Malaysia, Putrajaya, Perpustakaan Negara Malaysia, serta Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, turut diadakan Bengkel Penulisan Berita dan Teknik Mengambil Foto yang dibimbing oleh En. Mohd Fuad Razali, editor Majalah Pendidik dan En Mohd Yusuf Abu Bakar, Pegawai Unit Khas Berita Harian. Para peserta juga sempat berkongsi pengalaman bersana saudara Azali Azlan, pelajar terbaik SPM 2007, angkasawan pertama negara, Dr. Syeikh Muszaphar Syukor serta Faizal Tehrani, seorang penulis novel.
Lawatan Briged Bestari ke CyberSecurity Malaysia.
Briged BestariBriged Bestari telah mengadakan lawatan ke Cybersecurity Malaysia, sebuah institusi kerajaan yang berperanan mendidik masyarakat Malaysia langkah-langkah keselamatan dalam melayari internet. Cybersecurity Malaysia turut mendedahkan kepada Briged Bestari tentang tugas-tugas serta bahagian-bahagian jabatan lain Cybersecurity Malaysia seperti servis MyCert, forensik digital dan lain-lain yang sememangnya mengagumkan. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web CyberSecurity Malaysia .

Sebahagian ahli Briged Bestari perempuan di CyberSecurity
Sebahagian ahli Briged Bestari perempuan di CyberSecurity

Ahli-ahli Briged Bestari di CyberSecurity
Ahli-ahli Briged Bestari di CyberSecurity bersama Cikgu Jamil dan Cikgu Iqbal
Briged Bestari di Majlis Gala Dinner MSC APICTA 2007
Briged BestariHasil kejayaan Briged Bestari dalam MSC APICTA 2007, Briged Bestari telah dijemput untuk hadir ke Majlis Gala Dinner MSC APICTA 2007, yang diadakan pada 25 Mac 2008 yang lalu. Briged Bestari telah berjaya menerima Anugerah Merit Kategori Sekolah Menengah dengan projek Pterocarpus Online. Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri Sains dan Inovasi Malaysia yang baru sahaja dilantik iaitu Dato' Maximus Ongkili yang menggantikan Perdana Menteri Malaysia yang tidak dapat hadir pada majlis berprestij tersebut. Kita doakan Briged Bestari SAINA akan berjaya mengekalkan lagi anugerah ini dan terus bertindak mengharumkan nama SAINA di persada negara.

Laungan
Laungan "Malaysia Boleh!!!" oleh para pemenang Anugerah MSC Malaysia APICTA 2007

Log Masuk
Kata Nama

Kata Laluan



Belum menjadi ahli?
Klik di sini untuk mendaftar.

Lupa kata laluan?
Minta kata laluan baru di sini.
Undian Ahli
Pada pandangan anda, apakah kekurangan yang terdapat pada laman web ini?











Anda mesti log masuk untuk mengundi.
Shoutbox
Anda mesti log masuk untuk menghantar mesej.

16/08/2010 17:31
ya.. cikgu mazinah dulu cikgu saya...

11/08/2010 12:01
selamat berposa....... Wink

31/07/2010 21:29
salam... maaf, bukannya niat menceroboh sekadar mencari kenalan lama Mazinah Rejab STJ batch 83 yg khabarnya mengajar disi.Kalau betul, Mazinah sila hubungi PakSu melalui fb.

25/07/2010 23:33

21/07/2010 07:32
X aktif, kurang promosi.

16/07/2010 22:34
bila larut malam.....

14/07/2010 16:27
jomla jenguk2 kolah skrg.... dh byk perubahan....

11/07/2010 21:32
rindu tul kat sekolah... dah 10 tahun tak jenguk sekolah.... Frown

10/07/2010 19:10
its look like this websites is not active as compared previously. hopefully the admin can improved it Smile

09/07/2010 15:43
salam... utk suma pelawat laman web ini, anda suma boleh melihat album terbaru batch 0812, EVOLUTION0812... Grin

Tempoh render: 0.04 saat 149,408 paparan Laman