· Tetamu Online: 2
· Ahli Online: 0
· Jumlah Ahli: 777
· Ahli Terbaru: Marketing7
|
|
|
Bengkel Jawi Kepada Calon PMR Dan SPM |
|
Pada 29/8/2009,Panitia Pendidikan Islam SAINA telah mengadakan Bengkel Jawi yang telah dikendalikan oleh Ustaz Sobri dari Pendang kepada calon-calon PMR dan SPM.Semoga keputusan PMR dan SPM pada tahun ini membuahkan hasil yang lumayan kepada pihak sekolah.
|
|
 Pada 31/7 hingga 1/8/2009,PUKAT 3 telah mengadakan Kem Dekat di Hati kepada calon-calon PMR.Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran yang sepenuhnya kepada para calon PMR yang bakal menduduki medan peperangan bermula 7/10/2009.Program tersebut telah sepenuhnya dikendalikan oleh Rebutia corporation sdn. bhd.
|
|
|
Hari Kebudayaan Jepun Peringkat SBP Kali Ke-7 |
|
Pada 24 Julai 2009,SAINA telah menghantar enam orang wakil pelajar Bahasa Jepun dari tingkatan empat untuk menyertai Hari Kebudayaan Jepun yang diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng. Hari kebudayaan tersebut diadakan selama tiga hari di sekolah tersebut dan berakhir pada 26 Julai 2009. Ianya disertai oleh semua Sekolah Berasrama Penuh dari seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti diadakan di sekolah tersebut termasuklah Explorace,Malam kebudayaan dan pelbagai lagi.
Akhir kata majulah SAINA untuk Negara.
|
|
Perhatian. *** Kepada Ibu bapa yang ingin berhenti melanggan SMS SEKOLAH boleh menghentikan langganan SMS SEKOLAH dengan menaipkan sms seperti berikut.
Taip STOP dan hantarkan ke nombor 32020.
Sekiranya ada masalah hubungi Guru Penyelaras Bestari, Encik Abd Sani bin Baharom . No. Tel : 013-3410128.
|
|
Pada 19 Julai 2009 ini pementasan Teater Puteri Hang Li Po akan diadakan buat julung kalinya ke layar SAINA.Teater ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat dalam kalangan pelajar SAINA daripada Tingkatan 2-5.Jangan lepaskan peluang ini!
Dapatkan tiket masuk di Dewan Seri Angsana bermula pada 9.00-9.30 malam tersebut. Berikut merupakan butir-butir pementasan: Tempat : Dewan Seri Angsana Masa : 9.00-9.30 mlm
ISTIMEWA KAMI BAWAKAN : Puteri Hang Li Po(Zaza) Hang Jebat(Faeez Amir) Dang Wangi(Fatin Ellinie) Sultan Melaka(Akmal) Pengarah : Zack Pengarah Bersama : Che Pah
|
|
Perkara : Hari Bicara Waris. Tarikh : 23 Julai 2009 Tempat : Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 pagi
Semua ibu bapa dijemput hadir.Para pelajar dibenarkan pulang bermalam pada tarikh tersebut.
|
|
Pada 16 Julai ini(Khamis) SM Sains Pokok Sena dengan kerjasama Badan Pengawas dan Unit bimbingan Kaunseling telah menganjurkan Hari Kerjaya 2009.Intitusi pendidikan tempatan juga turut sama memeriahkan penganjuran tahunan pada kali ini dengan mengadakan pameran di Dewan Seri Angsana
TEMPAT:DEWAN SERI ANGSANA & TAPAK PERHIMPUNAN MASA:8.00PAGI-2.30 PTG TARIKH:16 JULAI 2009(KHAMIS) AKTIVITI:SEPAK RAGA BULAT,GERAI JUALAN,COUNTER STRIKE TERBUKA, PAMERAN IPTA/IPTS,
Orang Ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Hari Kerjaya 2009
|
|
|
Karnival Minggu Bimbingan dan Kaunseling |
|
Pada minggu ini, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan Karnival Minggu Bimbingan dan Kamnseling. Karnival ini berlangsung dari 12 Julai sehingga 16 Julai 2009, pelbagai program dirangka bagi memeriahkan karnival ini. Antara aktiviti sepanjang karnival ini ialah Program Moke-Interview, Ujian Minat Kerjaya (SDS), Ceramah Perkembangan Awal Remaja, Teknik menghadapi Stress, Forum Pelajar dan Hari Kerjaya. Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar berkaitan peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya pada masa depan serta mendapat maklumat yang jelas berkaitan IPTA dan IPTS.
|
|
Pada 10 dan 11 Julai 2009, SAINA mengadakan program kecemerlangan Bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan tiga dan lima Saina melalui PUKAT 3 dan PUKAT 5.Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris untuk calon-calon PMR dan SPM.Program ini dikendalikan oleh Puan Nor Amira Bt Razali dan di sampaikan oleh Mr Sam.
|
|
KUALA LUMPUR: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan beberapa pihak, terutama pejuang bahasa dijangka berakhir berikutan keputusan kerajaan memansuhkan dasar itu.
Sebagai ganti, kerajaan akan mengumumkan strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan pada masa sama tidak mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris di semua peringkat....
|
|
Pada 29 Jun 2009, SAINA telah menghantar 4 orang pelajar Tingkatan 2 bagi menyertai pertandingan Jejak Maklumat yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus. Pelajar-pelajar ini telah sedaya upaya menunjukkan semangat dan daya juang yang tinggi dalam pertandingan tersebut. Alhamdulillah. dengan segala berkat usaha dan dorongan daripada guru-guru dan para pelajar SAINA, akhirnya mereka telah berjaya merangkul gelaran juara di dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada para pemenang, iaitu Nur Izzzati bt Ahmad Rosidi, Farah Hanim bt Mohd Nadzari, Mohd Alif b. Sopi dan Hazeem Hakeemi b. Baseri
|
|
|
Belum menjadi ahli? Klik di sini untuk mendaftar.
Lupa kata laluan? Minta kata laluan baru di sini.
|
|
Anda mesti log masuk untuk menghantar mesej.
|
|